Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

JEJAK KAKI DI LONDON PART 4


Hari kedua kami di bumi London, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk meneruskan itinerary seterusnya. 
Sebenarnya kita orang dah tak boleh tido since pukul 4 pagi lagi.  Bila tersedar dari tidur rasanya dah lama sangat tidur. Mana taknya semalam pukul 8 mlm mata ni tak boleh ditahan2 dah...rupanya macam tu rasanya jetlag. Tak pernah kan...

Hari ni kami akan meronda London city dengan Big Bus London yang berkonsepkan Hop -On Hop -Off Sightseeing.. Perjalanan dari tempat penginapan ke bus stop hanya mengambil masa dalam 5 minit berjalan kaki. Sambil menyusuri bangunan2 lama yang cantik dalam kedinginan pagi.

sementara menunggu bas sampai...


Dengan menaiki Big Bus London, kita boleh turun di mana2 perhentian yang telah ditentukan.. Then bila kita nak meneruskan perjalanan ke perhentian  seterusnya,  tunggu jer di tempat yang sama kita turun tadi.  Tiket boleh dibeli melalui online dan sah dalam tempoh 6 bulan. Ada pelbagai pakej yang boleh dipilih ikut kesesuaian masa kita dan juga bajet.
https://www.bigbustours.com/en/london/london-bus-tours/






1st stop Sea Life London Aquarium



The London Eye










Buckingham Palace




Walaupun agak jauh berjalan untuk sampai ke Hard Rock ni, tapi kami tidak rasa pun penat sebab cuaca yang agak sejuk.. juga disebabkan energy yang masih full ... teruja sebenarnya nak habaq... sepanjang kami berjalan satu hari ni tak terasa kita ni rakyat asing di negara orang putih...rasa selamat dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.. 

Dari matahari keluar sampai keluar bulan kami berjalan hari ni.  dalam perjalanan balik ke apartment.. juga menaiki Big Bus London. 


Nak balik...lapar dah ni.. Mana taknya kami makan bf pagi tadi agak berat, then kami akan makan malam pula.. tapi tak der lah rasa kelaparan sepanjang hari kami berjalan tadi.. hebat kuasa minda kita ni yer... bila kita happy otak pun happy perut pun tak terasa lapar..boleh tak gitu...  
Akan bersambung Part 5..  


Friday, January 6, 2017

JEJAK KAKI DI LONDON PART 3 - LONDON CITY




Alhamdulillah masih diberi kesempatan ini. Entry yang tertunggak melebihi  2 tahun... tidak mengapalah mungkin suatu hari nanti boleh dibuat kenangan... 

16 Disember 2014: 
Akhirnya kami selamat selamat mendarat di Heathrow Airport  pukul 7 pagi waktu tempatan. Perasaan keterujaan dan rasa tidak percaya masih ada. Hari ini kaki ini memijak bumi London... tempat yang telah lama  kami impikan. 



No automatic alt text available.


Image may contain: 2 people

Lepas satu babak keterujaan datang pula   perasaan cuak  bila perlu melepasi pemeriksaan kastam. Namun sebelum bertolak habis semua panduan dan cerita yang berkaitan telah pun saya dapatkan hasil carian digoogle.  Kecut jugak bila ada yang lama sangat di check point kastam tu. Mana tidaknya sudah lah ini kali pertama kali menjejak kaki, kami berempat sahaja. Kalau lah ditanya macam2 ntah apa2 yang ditanya tak ke aniaya tu... dengan siapa kami nak minta tolong...




Namun semua perasaan tu hilang... Alhamdulillah kami semua lepas dengan mudah pemeriksaan kastam. Antara soalan yang diajukan stay di mana? berapa lama? So kita orang dah siap2 sediakan semua dokumen seperti booking hotel, itinerary etc. 


Keluar saja dari pintu airport, makkk aiii sejuknya . Terasa angin yang bertiup amat sejuk.
so start la  travel kita orang tanpa mengambil mana-mana pakej. Dari mula2 kami travel dulu pun tak pernah nak ambil mana-mana pakej. Semua maklumat yang kita nak tau, boleh didapati di hujung jari. 

Firstly mestilah kita orang menuju ke hotel yang telah kami tempah. Berdebar jugak yer la booking online jer pun. tak tau keadaan macam mana. Pada masa ini , kawan hubby yang duduk di Birmingham menjemput kami. Terima Kasih yer Zarul and En Adib. Mengambil kami di airport dan menghantar kami ke tempat penginapan kami di Bayswater. 

                                          sepanjang perjalanan dari airport ke apartment 



Semasa kami book apartment ini melalui Booking.com,maklumat yang lengkap akan dikemukakan ke emel kita. So dia akan bagi detail bagaimana nak sampai ke apartment , apa perlu buat masa first time nak masuk, dan no telefon yang boleh dihubungi sekiranya memerlukan bantuan lain sepanjang kita menduduki apartment tersebut. Apartment yang duduk ada saya post di dalam post saya sebelum ini. Memang berbaloi dengan apartment yang kita orang booking tu dengan harga yang berpatutan dan keadaan dalamannya sama dengan gambar yang dia orang iklankan. Kami sampai di sana dalam pukul 9 pagi.  



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Memandangkan masih awal lagi walaupun pada hakikatnya kami telah berjalan melebihi satu hari satu malam,  namun syukur anak-anak , saya dan husband masih diberi kesihatan yang baik. Mana taknya teruja kot boleh sampai London. 


Tanpa membuang masa, kami akan memulakan percutian  kami di bumi London. Fisrt place yang kita orang pergi  adalah Malaysian Hall. Paling tidak dapat dilupakan apabila anak-anak boleh order teh ais masa order minum...Tersenyum abang kat kaunter..mana taknya dalam cuaca  yang sejuk dia orang boleh order teh ais. Mujur masa tu ais tak sampai lagi. 



Dengan berbekalkan train map yang dah kami download, kami pun bergerak di london City. Boleh jer download application map tu dan simpan dalam phone..mudah kan? ......


No automatic alt text available.

Lagi gambar kami di sepanjang Oxford Street dan sekitarnya. Yang bestnya, sepanjang berada di London City ni kami tidak berasa pun gementar atau rasa tidak selamat, Mungkin kerana London City adalah tempat yang selamat dari sebarang gangguan dan ancaman, Amat selesa walapupun ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana.


Image may contain: 7 people



Image may contain: 5 people

Image may contain: 3 people


Image may contain: 3 people


Image may contain: 4 people

Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people







With My soul...my heart....my love

Tanpa disedari rupanya kami telah berjalan hampir 2 hari. Mana taknya kami berlepas dari KLIA pada 9.00 pagi 15hb dan sebenarnya kami berjalan-jalan ni adalah pukul 8mlm(waktu malaysia) 16hb. Alhamdulillah kami diberi kesihatan dan dipermudahkan semuanya. 


Dan pada petang itu, pada pukul 3 petang kami pun balik ke apartment. Sebabnya pada masa ni kami dah mula rasa mengantuk . Pada mulanya kami ingatkan pada musim winter kita akan cepat mengantuk kerana keadaan pada pukul 5 dah macam pukul 7 malam. 

Public transport memang senang sangat untuk kita bergerak di dalam city ni. for your information, ada certain masa private transport tak boleh masuk ke bandar. so semua kena la naik public transport. Kalau tidak akan disaman la..

Setelah siap berkemas serba sedikit, dan makan makanan yang dibawa dari Malaysia, apa lagi kami pun melelapkan mata kerana tak tertahan2 dah mengantuknya. Pukul 4 pagi kami semua dah tersedar. Ingatkan sebab dah lama tidur.. rupa-rupanya inilah JETLAG . Macam ni rupa rasanya jetlag. 

Pagi ni kami akan memulakan tour ke London City... bersambung ke Part 4..








Wednesday, September 30, 2015

JEJAK KAKI DI LONDON PART 2 - KL - DOHA

Alhamdulillah....

Masih diberi kesempatan untuk menyambung entry ini...walaupun telah berbulan ( hampir 10 bulan baru nak buat entry ni....)


15.12.2014 - Tarikh dan masa itu datang juga.  Setelah lama menghitung hari dan sabar menanti.


Seawal pukul 4.00 pagi kami telah bertolak dari rumah memandangkan flight kami pada pukul 9.00 pagi. Yeayyyy!!!! 

Anak2 cepat jer bila dikejutkan untuk bersiap walaupun waktu tu pukul 3 pagi. Jangan nak kata anak2,  mama & papa pun sama ...Yer lah kan nak jalan jauh...takut gak kalau apa2 emegency ker...tak ker naya...tiket bukan murah ooiiii!!!Entah bila lagi boleh menjejakkan kaki ke sana. 

Pukul 5 lebih sampailah kita orang di KLIA.  Kat KLIA tu tak rasa pun masih awal pagi lagi..Mana taknya KLIA kan beroperasi 24 jam...tak pernah tido.  So yang datang ni pun tak de lah terasa janggal.  

Selesai solat subuh,  Check in  ... 






Selesai check-in....apalagi  sessi bergambar ler.... nak buat kenangan anak cucu...



Dak dik duk...dak dik duk... hari pun siang... lepas bf kita orang pun terus masuk ke departure hall. 

Wahh.... dia dah sampai.... jeng jeng... 




model tak berbayar ....
Akan menempuh perjalanan selama 7 jam....minta2 dipermudahkan dan diberikan keselamatan ke atas semua penumpang pada hari ini.... 




Waktu lunch pun sampai... ok jugak meal yang disediakan. 




Aktiviti di dalam flight ... check lokasi ...dah sampai mana, tengok jam dah berapa lama terbang, dan calculate berapa jam lagi nak sampai... belek2 movie mana yang best... cuba pejam mata.... pergi bilik air... boleh regang2kan badan... naik kematu nak duduk sepanjang 7 jam... 








Akhirnya....sampai kami di Hamad International, Doha...untuk transit selama hampir 12 jam.. 



Transit 12 jam tu tak dirancang... mana taknya masa nak memilih airlines  masa beli tiket tu, penat dah pusing satu dewan masa MATTA FAir tu... last2 pilih Qatar... bila balik check tiket... mak aiii transit 12 jam... 
so apa lagi merancang lah nak masuk ke Doha... 




Waktu Di Doha berbeza 5 jam dari waktu malaysia...  kat malaysia dah pukul 5 petang... dan waktu Doha pada masa ni baru pukul 12.00tengahari... tak terasa lagi perbezaan waktu tu.. sebab badan pun ok lagi... tak der rasa  penat2  lagi... 




Antara aktiviti kita orang semasa transit......

selfie...

bergambar dan bergambar.....



Kuatnya angin diluar airport ni... 


Bila kita org tau akan transit selama 12 jam so kami pun search macam mana nak dapatkan visa sebab nak kluar dari airport....Senang jer... Just ke kaunter imigresen tu then bayar   untuk dapatkan Visa On Arrival ...just guna jer debit Maybankard...

Tapi satu pengalaman: bila pegawai bertugas di kaunter boleh sambil lewa buat kerja...  berbual dengan kawan2 dia even tak siap lagi kerjanya.....  pak arab sungguhhhh ... 

Kami dibawa oleh kawan hubby yang bekerja di sana untuk bersihkan diri dan solat kat rumah sewanya dan kemudian makan malam (9 malam kat Doha kat Malaysia pukul 3 pagi....) bayangkan makan malam pukul 3 pagi.... but alhamdulillah  kami semua masih ok dan anak2 pun tak derlah exhausted sangat.. 
lps tu round2  di Doha...  



The torch 


Terima kasih yer sudi mengambil dan menghantar kami ke Airport... 






Bergambar lagi.... dan lagi.. di Hamad Airport  Int.




Dan akhirnya.. jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.. Boleh dah queue.... 
Malaysia dah 7 pagi... kita orang masih tak tidur lagi...




Next 7 hours more .......




Bersambung ke entry seterusnya.... tunggu!!!!