Tuesday, February 14, 2017

JEJAK KAKI DI LONDON PART 4


Hari kedua kami di bumi London, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk meneruskan itinerary seterusnya. 
Sebenarnya kita orang dah tak boleh tido since pukul 4 pagi lagi.  Bila tersedar dari tidur rasanya dah lama sangat tidur. Mana taknya semalam pukul 8 mlm mata ni tak boleh ditahan2 dah...rupanya macam tu rasanya jetlag. Tak pernah kan...

Hari ni kami akan meronda London city dengan Big Bus London yang berkonsepkan Hop -On Hop -Off Sightseeing.. Perjalanan dari tempat penginapan ke bus stop hanya mengambil masa dalam 5 minit berjalan kaki. Sambil menyusuri bangunan2 lama yang cantik dalam kedinginan pagi.

sementara menunggu bas sampai...


Dengan menaiki Big Bus London, kita boleh turun di mana2 perhentian yang telah ditentukan.. Then bila kita nak meneruskan perjalanan ke perhentian  seterusnya,  tunggu jer di tempat yang sama kita turun tadi.  Tiket boleh dibeli melalui online dan sah dalam tempoh 6 bulan. Ada pelbagai pakej yang boleh dipilih ikut kesesuaian masa kita dan juga bajet.
https://www.bigbustours.com/en/london/london-bus-tours/






1st stop Sea Life London Aquarium



The London Eye










Buckingham Palace




Walaupun agak jauh berjalan untuk sampai ke Hard Rock ni, tapi kami tidak rasa pun penat sebab cuaca yang agak sejuk.. juga disebabkan energy yang masih full ... teruja sebenarnya nak habaq... sepanjang kami berjalan satu hari ni tak terasa kita ni rakyat asing di negara orang putih...rasa selamat dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.. 

Dari matahari keluar sampai keluar bulan kami berjalan hari ni.  dalam perjalanan balik ke apartment.. juga menaiki Big Bus London. 


Nak balik...lapar dah ni.. Mana taknya kami makan bf pagi tadi agak berat, then kami akan makan malam pula.. tapi tak der lah rasa kelaparan sepanjang hari kami berjalan tadi.. hebat kuasa minda kita ni yer... bila kita happy otak pun happy perut pun tak terasa lapar..boleh tak gitu...  
Akan bersambung Part 5..  


No comments:

Post a Comment