Tuesday, February 10, 2015

JEJAK KAKI DI LONDON 2014 : PART 1 - Planning


Setelah lama tertangguh untuk update blog ni, akhirnya hari ini diberi sedikit masa dan idea dan kelapangan untuk update. Tiada tujuan lain hanya  untuk kenangan dan tatapan  kami  sekeluarga di masa akan datang. 

Hajat ingin bercuti di London telah lama diimpikan. Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami untuk bercuti di London bersama keluarga. Perancangan bercuti ini awal2 lagi telah kami buat. Bukan apa takut saat2 akhir banyak lagi perkara perlu diselesaikan. Lagipun bukan dekat nak ke London tu. Kenalah buat preparation yang proper. Lagipun ini negara pertama benua eropah yang akan kami lawat.  

TIKET PENERBANGAN 

Kami pergi mendapatkan tiket semasa MATTA FAIR Mac 2014.  Ada sesetengah airlines yang kami tuju mengesyorkan untuk mendapatkan tiket semasa MATTA FAIR pada bulan September nanti untuk mendapatkan harga yang lebih murah.  Namun kami meneruskan plan untuk mencari tiket awal.  Bukan apa kalau tiket dah ada senanglah kami nak book hotel, train dan lain-lain keperluan kerana dah comfirm tarikh pergi dan balik.  

Setelah hampir keseluruhan  booth kami tinjau akhirnya kami memilih  Qatar Airways untuk tempahan tiket kami kerana tawaran harga yang paling murah kami dapat. Nak ambil ker tidak sebab kami tak terfikir sebelum pergi MATTA FAIR tu nak search kat online dulu.  Boleh compare harga. Tapi kami buat keputusan untuk ambil tiket di MATTA FAIR kerana alang2 dah datang dan penat berjalan. 

Yesss .... Tiket KL -London - KL comfirm dah dalam tangan .
 YEAYYYY!!!!!LONDON mu tunggu aku datang .   
Tapi harga yang kami dapat tu tak der la murah sangat bila saya search online Qatar Airways...Tapi tak perlah dah beli dah pun.  

TENTATIF PROGRAM

Sebenarnya percutian  ini berjaya saya yakinkan kepada hubby untuk diluluskan (he he...) dengan satu alasan yang kuat iaitu kawan hubby yg tengah sambung study di sana. So banyak benda sebenarnya dah selesai. Tak perlu ambil pakej dan  destinasi ke mana nak pergi semasa di sana pun tiada masalah. 

"Tulah waktu org suruh belajar rajin2, boleh dapat p belajar kat oversea, tak mau... pastuh bila dah tua2 macam nih, baru terhegeh hegeh nak pi jalan, pastuh jenuh nak kumpul duit lagi, hehehehehee..."

Memandangkan percutian kali ini agak lama iaitu 15 hari kami menyediakan awal2 tentatif program sepanjang kami berada di sana. Sudah tentu tentatif itu disediakan bersama kawan hubby yang ada di sana kerana dia lebih arif.   

TEMPAT PENGINAPAN 

Langkah seterusnya bila tarikh penerbangan dah dapat, tentatif pun dah ada , apa lagi   menggoggle ler  tempat penginapan  untuk dapatkan harga terbaik.  Antara yang saya search adalah Agoda, Booking.com & BnB. Setelah habis saya explore akhirnya saya dapat tawaran terbaik dari booking.com  Kalau ikutkan gambar yang ditunjuk not bad... semua kelengkapan tersedia.. dapur, mesin basuh etc. Harap-harap nanti bila sampai di sana samalah seperti apa yang digambarkan. 

bayswater service aprtment

PERSIAPAN KELENGAKAPAN, BAJU DAN MAKANAN 

Peeerghh..... part ni memang penat mencari.. Mana taknya masa mula2 kami usha2 baju sejuk tu bukan time winter lagi. So kebanyakan shopping complex memang tak jual lagi. Tak per kami cari dulu beg .. Berapa beg plak kena bawa ni.. Yang penting boleh muat nak masuk baju sejuk dan makanan kami empat beranak sepanjang berada di sana nanti. 

Antara tempat yang famous kalau nak cari kelengkapan dan baju adalah di Universal Traveller. Bila barang yang kami cari tak der di sini kami mencari di tempat lain. Contohnya untuk baju anak perempuan saya yang berumur 8 tahun tu, saya mencari di Zara .  Ingatkan mahal harga dia  rupanya tak der lah mahal sangat.  Sesetengah tu bila compare dengan  Universal Traveller, harga kat Zara lagi ok.  So sesiapa yang nak mencari kelengkapan dan baju sejuk boleh cari kat Zara. Antara outlet Zara yang kita orang pergi Mid Valley, kat situ banyak pilihan.
Bila tarikh semakin dekat, kami mencari stok makanan pula. Kali ini saya pergi cari Brahim produk.  Bila saya search di internrt rupanya kilang Brahim ada kat Bandar Baru Bangi. Ini sudah bagus. Dekat jer saya boleh pergi. Bermacam2 makanan segera yang boleh didapati di sini. Berdasarkan pengalaman saya sendiri makanan yang paling sedap adalah Briyani Kambing, Sambal Tumis, Nasi Goreng Kampung.  Ada jugak saya beli produk Khatijah Ibrahim.  Satu lagi makanan yang WAJIB di bawa adalah serunding, ikan bilis goreng, nasi himpit segera dan beras. Wahhh meriah dengan makanan nanti. Takut sangat tak der makanan kat sana.  He he.. bukan takut tak der makanan tapi kami takut tengok kadar tukaran mata wang Poung Sterling masa ni. 



TUKARAN WANG 

Part ni yang paling ngeri.  Mana taknya tukaran 5.5RM =1 pound sterling.  Orang kata kat Mid Valley dapat tukaran yang menarik tapi sebab dah kesuntukan masa kami hanya tukar di Maybank sahaja.  Bila  duit pun dah tukar, bermakna hari yang ditunggu semakin hampir.  Tak sabar rasanya.  Pejam celik pejam celik dah hujung tahun....




Ok,...nanti saya sambung entri seterusnya apabila kami sampai dah di sana....Minta2 dapatlah kelapangan tu nanti....



No comments:

Post a Comment