Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Sup Tulang -- Resepi MIL

Resepi kali ni Sup Tulang. Resepi yang saya belajar dari MIL. 
MIL selalu kata sup bodo jer... setelah berkali-kali bertanya dan menuntut ilmu, hari ke hari lama kelamaan mutu masakan saya untuk resepi ini bertambah baik. Jom kita tengok resepi: 

Bahan-Bahan:
Tulang
Halia
Lengkuas 

Ditumbuk kasar/halus/blender:
Ketumbar
Jintan Kasar
Jintan Halus
Lada Hitam 

Rempah Menumis 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) 

Limau Nipis 
Cili Merah
Daun sup&bawang 
Bawang merah & putih goreng - tak mau bawang goreng beli... kurang umppphhh.. 

Bawang putih - pecah/ ketuk2
Bawang Holland - potong kepada 2, hiris bulat2

Cara-Caranya:

Rebus tulang dengan halia yang diketuk. lebihkan halia pun tak per.  
Tips untuk lembutkan daging, masukkan kurma 2 biji semasa merebus tulang tersebut.
Setelah mendidih, masukkan rempah menumis. 
Masukkan pula bahan yang ditumbuk kasar/halus/blender dan lada hitam biji. 
Masukkan lengkuas yang dihiris2
Tumbukkan sedikit lada hitam dan masukkan ke dalam rebusan. 
Bila daging dah lembut, masukkan bawang putih yang diketuk. 
Masukkan bawang merah holland yang telah dihiris bulat. 
Perasakan dengan garam. 

Hidangan
Perahkan limau nipis, pecahkan cili , taburkan bawang sup & bawang dan bawang goreng.

 Gambar Hiasan
Gambar Kredit to:Dari Dapur Mak Long 
****bila dah siap masak asyik la terlupa nak snap gambar.. Thanks for the photo yer.. 






Tuesday, October 6, 2015

ROTI ARAB CICAH KARI AYAM

Kalau rasa tak tau dah nak buat apa untuk breakfast anak-anak, bolehlah mencuba resepi mudah buat Roti Arab.  pasti anak-anak sukakannya... tak der lah dia orang makan cereal sahaja... saya tak kata orang tapi saya sendiri lah ni... kadang-kadang buntu nak sediakan sarapan dia orang ni... cereal, mee goreng, maggi goreng, sandwich, nugget, habis dah tak tau nak buat breakfast apa lagi... So hari ni saya kongsikan resepi Roti Arab :

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan planta 
3/4 gula pasir
1 biji telur
2 cawan susu tepung
1 paket yis
sedikit garam 

Cara-Caranya:

1.Kisar semua bahan -bahan di atas.  Biarkan selama 10-30 minit.

2.  Selepasa 30 minit, canai bulat leper sehingga habis. Biarkan selama 1/2jam sehingga 1 jam lagi. 

3. Panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper untuk dapatkan bulat yang lebih besar sedikit 

4. Kemudian goreng dengan menggunakan minyak masak satu persatu. Siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula mengelembung. Bila dah mengelembung balik2kan dan goreng sampai garing. 

Untuk resepi kari ayam tunggu next entry saya . Nak cicah dengan apa pun tak kisah...Sedap di makan panas-panas. 
Maaf sebab gambar terlepas nak ambil haritu. nanti bila saya buat lagi insyaallah saya masukkan gambar saya punya pula yer. 


Kredit to kitchenjourney.blogspot.com



























TIRAMISU

Dari minggu lepas lagi anak dara yang kecil ni minta dibuatkan Tiramisu.  Bila hari bekerja rasa asyik tak berkesempatan. Hujung minggu ni baru ada kesempatan.  Dengan keadaan berjerebu yang kembali teruk hari ini, aktiviti luar dihadkan.  So boleh la buat tiramisu seperti yang dijanjikan. 

Tak banyak gunakan barang2.  Mudah jer buat tiramisu ni.

Mari kita lihat resepinya:

Bahan-Bahan:
3/4 kotak whipped cream 250ml
8oz cream cheese
3 biji kuning telur
2 sudu besar Nescafe
Biskut Ladyfingers
Cocoa Powder
Gula Pasir
Air panas/suam 

Cara-caranya:

Bahan 1
1.Pukul whipped cream bersama 1 sudu besar gula pasir sehingga menjadi texture whipped cream 
2. Simpan dalam peti sejuk sementara siapkan bahan yang lain.

Bahan 2
3.Pukul cream cheese bersama 1/2 cawan gula pasir sehingga sebati.... Guna mixer medium level 

Bahan 3
4.Pukul sekejap telur kuning di dalam mangkuk, masakkan bersama 1 sudu besar gula pasir  di dalam periuk di atas air didih (kaedah double boil).
5. Kacau laju-laju sehingga warna menjadi cair dan likat.

6. Campurkan Bahan1 + Bahan 2 +  Bahan 3 = Bahan 4.

7. Kacau nescafe bersama air suam lalu celupkan ladyfinger sehingga agak-agak meresap     ke dalam ladyfinger. 

8. Susun ladyfinger yang dicelup tadi ke dalam bekas / cawan sehingga menutupi ruang           dan letakkan Bahan 4 di atasnya. kemudian taburkan koko.

9. Ulangi langkah di atas sehingga selesai. 

10.Masukkan ke dalam peti ais minimum 4 jam dan maximum  8 jam. 

TARAAAA!!!!! SIAP DAH 





Friday, October 2, 2015

BUDU & TEMPOYAK

Tak Kenal Maka Tak Cinta 

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.   Alhamdulillah saya dipertemukan dengan suami. Memandangkan kami berasal daripada negeri yang berbeza, saya dari Johor dan en husband dari Kelantan, tentu saja banyak yang berbeza antara kami...
Yang pastinya pebezaan dari segi bahasa dan masakan.
Mengambil masa bertahun  untuk saya makan budu.. meskipun pada mulanya saya mencuba untuk makan budu di awal kehidupan bersama kami, namun saya tetap tidak boleh menerimanya. Mana taknya kan selama hidup 25 tahun tak pernah saya makan budu tiba2 nak makan budu... 
Memasuki usia  10 tahun  perkahwinan ...barulah saya mencuba sedikit demi sedikit untuk makan budu.. Itupun dibantu oleh officemate yang juga berasal dari kelantan. Semuanya bermula apabila saya berpindah tempat bertugas dari Penang ke Putrajaya.  Selama saya duduk di Penang, saya tidak terdedah dengan masakan kelantan especially budu. Meskipun en husband berasal daripada  Kelantan tapi dia pun tak pernah beli budu dan makan budu bila berada di rumah. 
Tetapi bila saya berpindah pejabat ke Putrajaya , itulah menjadi titik mula saya makan budu. 100% berubah. Daripada tak makan budu bertukar makan budu boleh lah dikatakan dijadikan kuah . 





Sapa yang baru nak makan budu ,dan tak tau nak buat macam mana nak makan budu,  ini resepinya:

Budu - Saya suka yang Cap Ketereh (jambu gajus)  
Bawang kecil- hiris halus2
Limau Nipis - perahan airnya
Lada cili - pecahkan... 

Di awal saya suka makan budu, saya akan makan budu dengan ulam-ulaman dan  ikan kembung bakar kosong.  Cukup dah lauk ni sahaja. Menambah2 nasi kalau makan dengan budu ni... lagi2 kalau nasi panas2 dan perut betul2 tengah lapar.  Perghhh!! Terliur plak .. 

Peringkat kedua bila saya pandai pulak dah makan buku dengan durian...Ya Allah!! nikmatnya .... sapa yang makan baru tau nikmatnya. Walaupun pada mulanya saya memang tak suka sangat bila en husband makan budu dengan durian bila dia balik kampung. Mulalah saya berkata dalam hati 'ada ker durian makan dengan nasi dengan budu plak tu''. Sebab tu orang kata ... kalau tak suka kat sesuatu/seseorang janganlah terlalu kita membencinya..pasti suatu hari nanti kita kan menyukai ia sesangat... itulah yang terjadi.... Baru padan muka sendiri. 


Kredit to tuan punya gambar... 
Bila dah pandai makan budu dengan durian , dapat pula kegilaan makan dengan jagung muda. Sedappp tau.... Cukup dengan rasa lemak dari durian, manis2 dari jagung muda ditambah degan juicy nya jagung muda tu.... Wowwww... kena cuba tau u olls!!! Pasti  lepas ni bertambah berat badan.. Tak sesuai untuk sesapa yang nak diet... Tapi ada aku kisah.... 

Tak boleh nak panjang2 tulis entri ni, sebab makin banyak telan air liur... bila bercerita pasal budu ni. Sekarang bukan musim durian, kalau datang gian nanti mana nak dicarinya buah durian..Baik tak mengidam ...

Entri seterusnya saya akan kongsi macam mana saya terjebak plak dengan tempoyak... Saya akan kongsikan resepi mudah sayur lemak tempoyak... Tunggu tau...