Friday, January 6, 2017

JEJAK KAKI DI LONDON PART 3 - LONDON CITY




Alhamdulillah masih diberi kesempatan ini. Entry yang tertunggak melebihi  2 tahun... tidak mengapalah mungkin suatu hari nanti boleh dibuat kenangan... 

16 Disember 2014: 
Akhirnya kami selamat selamat mendarat di Heathrow Airport  pukul 7 pagi waktu tempatan. Perasaan keterujaan dan rasa tidak percaya masih ada. Hari ini kaki ini memijak bumi London... tempat yang telah lama  kami impikan. 



No automatic alt text available.


Image may contain: 2 people

Lepas satu babak keterujaan datang pula   perasaan cuak  bila perlu melepasi pemeriksaan kastam. Namun sebelum bertolak habis semua panduan dan cerita yang berkaitan telah pun saya dapatkan hasil carian digoogle.  Kecut jugak bila ada yang lama sangat di check point kastam tu. Mana tidaknya sudah lah ini kali pertama kali menjejak kaki, kami berempat sahaja. Kalau lah ditanya macam2 ntah apa2 yang ditanya tak ke aniaya tu... dengan siapa kami nak minta tolong...




Namun semua perasaan tu hilang... Alhamdulillah kami semua lepas dengan mudah pemeriksaan kastam. Antara soalan yang diajukan stay di mana? berapa lama? So kita orang dah siap2 sediakan semua dokumen seperti booking hotel, itinerary etc. 


Keluar saja dari pintu airport, makkk aiii sejuknya . Terasa angin yang bertiup amat sejuk.
so start la  travel kita orang tanpa mengambil mana-mana pakej. Dari mula2 kami travel dulu pun tak pernah nak ambil mana-mana pakej. Semua maklumat yang kita nak tau, boleh didapati di hujung jari. 

Firstly mestilah kita orang menuju ke hotel yang telah kami tempah. Berdebar jugak yer la booking online jer pun. tak tau keadaan macam mana. Pada masa ini , kawan hubby yang duduk di Birmingham menjemput kami. Terima Kasih yer Zarul and En Adib. Mengambil kami di airport dan menghantar kami ke tempat penginapan kami di Bayswater. 

                                          sepanjang perjalanan dari airport ke apartment 



Semasa kami book apartment ini melalui Booking.com,maklumat yang lengkap akan dikemukakan ke emel kita. So dia akan bagi detail bagaimana nak sampai ke apartment , apa perlu buat masa first time nak masuk, dan no telefon yang boleh dihubungi sekiranya memerlukan bantuan lain sepanjang kita menduduki apartment tersebut. Apartment yang duduk ada saya post di dalam post saya sebelum ini. Memang berbaloi dengan apartment yang kita orang booking tu dengan harga yang berpatutan dan keadaan dalamannya sama dengan gambar yang dia orang iklankan. Kami sampai di sana dalam pukul 9 pagi.  



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Memandangkan masih awal lagi walaupun pada hakikatnya kami telah berjalan melebihi satu hari satu malam,  namun syukur anak-anak , saya dan husband masih diberi kesihatan yang baik. Mana taknya teruja kot boleh sampai London. 


Tanpa membuang masa, kami akan memulakan percutian  kami di bumi London. Fisrt place yang kita orang pergi  adalah Malaysian Hall. Paling tidak dapat dilupakan apabila anak-anak boleh order teh ais masa order minum...Tersenyum abang kat kaunter..mana taknya dalam cuaca  yang sejuk dia orang boleh order teh ais. Mujur masa tu ais tak sampai lagi. 



Dengan berbekalkan train map yang dah kami download, kami pun bergerak di london City. Boleh jer download application map tu dan simpan dalam phone..mudah kan? ......


No automatic alt text available.

Lagi gambar kami di sepanjang Oxford Street dan sekitarnya. Yang bestnya, sepanjang berada di London City ni kami tidak berasa pun gementar atau rasa tidak selamat, Mungkin kerana London City adalah tempat yang selamat dari sebarang gangguan dan ancaman, Amat selesa walapupun ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana.


Image may contain: 7 people



Image may contain: 5 people

Image may contain: 3 people


Image may contain: 3 people


Image may contain: 4 people

Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people







With My soul...my heart....my love

Tanpa disedari rupanya kami telah berjalan hampir 2 hari. Mana taknya kami berlepas dari KLIA pada 9.00 pagi 15hb dan sebenarnya kami berjalan-jalan ni adalah pukul 8mlm(waktu malaysia) 16hb. Alhamdulillah kami diberi kesihatan dan dipermudahkan semuanya. 


Dan pada petang itu, pada pukul 3 petang kami pun balik ke apartment. Sebabnya pada masa ni kami dah mula rasa mengantuk . Pada mulanya kami ingatkan pada musim winter kita akan cepat mengantuk kerana keadaan pada pukul 5 dah macam pukul 7 malam. 

Public transport memang senang sangat untuk kita bergerak di dalam city ni. for your information, ada certain masa private transport tak boleh masuk ke bandar. so semua kena la naik public transport. Kalau tidak akan disaman la..

Setelah siap berkemas serba sedikit, dan makan makanan yang dibawa dari Malaysia, apa lagi kami pun melelapkan mata kerana tak tertahan2 dah mengantuknya. Pukul 4 pagi kami semua dah tersedar. Ingatkan sebab dah lama tidur.. rupa-rupanya inilah JETLAG . Macam ni rupa rasanya jetlag. 

Pagi ni kami akan memulakan tour ke London City... bersambung ke Part 4..