Tahun2 pertama perkahwinan terasa sangat berbezanya kerana perbezaan cara, bahasa, jenis makanan dan lain-lain lagi antara negeri di selatan tanah air dan negeri yang mendapat gelaran serambi Mekah ini. Sehingga pada awalnya dahulu pernah saya berkata sendiri, janganlah nanti anak2 mengikut jejak saya kerana perbezaan tersebut membuatkan diri rasa terasing.....
Namun itu cerita 10 tahun dulu. Kini semuanya bertukar menjadi sesuatu yang berharga. Sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan kita. SYUKUR YA ALLAH...
No comments:
Post a Comment