Friday, October 10, 2014

Wajah Kesayanganku

Mak & Abah.... 

Terima kasih kerana telah menjaga membesarkan dan menyayangi anakmu ini sehingga kini. Abah walaupun seorang yang tegas, jauh disudut hatinya...anak2 seramai tujuh  orang inilah yang sentiasa diingati...

Mak....terlalu besar pengorbanan mak untuk kami adik beradik...tiada perkataan yang boleh menggambarkan pengorbanan mak...Dulu maklah yang akan mengahantar dan mengambilku di sekolah... hingga kini masih kuat  terpahat diingatan ini...

Kini apabila aku bergelar ibu aku lebih memahami apa harapan ibu ke atas anaknya...

Maafkan kami mak dan abah kerana kadangkala kesibukan membuatkan kami gagal untuk menjenguk mak dan abah di kampung.

Namun ketahuilah.... mak dan abah sentiasa ada di dalam doaku...



Thursday, October 9, 2014

Raya Tahun Ini ...2014

Raya tahun ini saya dan keluarga beraya lagi di Kelantan. Memang itu lah rutin di hari raya. Memandangkan suami adalah anak tunggal persiapan hari raya terutamanya persediaan juadah akan diuruskan oleh saya.

Tahun2 pertama perkahwinan terasa sangat berbezanya kerana perbezaan cara, bahasa, jenis makanan dan lain-lain lagi antara negeri di selatan tanah air dan negeri yang mendapat gelaran serambi Mekah ini.  Sehingga pada awalnya dahulu pernah saya berkata sendiri, janganlah nanti anak2 mengikut jejak saya kerana perbezaan tersebut membuatkan diri rasa terasing.....
Namun itu cerita 10 tahun dulu.   Kini semuanya bertukar menjadi sesuatu yang berharga. Sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan kita. SYUKUR YA ALLAH...


Saya sentiasa berdoa agar ALLAH sentiasa memberikan saya kesihatan yang baik, anak2 yang menyenangkan agar bahtera yang kami bina berkekalan hingga JannahMu. 
Itulah tujuan dan destinasi dambaan  kita semua....




Akhirnya.....Tercipta

Alhamdulillah ......

Setelah tertangguh berkali-kali akhirnya blog ini berjaya juga dicipta....

Blog ini hanyalah sekadar curahan tulisan tangan untuk saya berkongsi pengalaman, berkongsi rasa dan berkongsi ilmu. 


Juga dedikasikan blog ini untuk suami, anak-anak untuk dijadikan kenangan kelak.
 

Mohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan di dalam tulisan saya, ada yang tersinggung kerana saya budak baru belajar dalam berblogger. Tiada tujuan lain hanyalah mengisi lapang kerana ia juga ilmu yang berguna jika dimanfaatkan.